Kepimpinan Rasulullah SAW tidak bermakna kita
berangan-angan Rasulullah SAW hidup semula untuk menyelamatkan kita tetapi
yang dimaksudkan adalah teladan dan panduan Rasulullah SAW kepada kita yang
apabila diterapkan akan menjadi penyelesai masalah. Firman Allah SWT:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ
حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الاٌّخِرَ وَذَكَرَ
اللَّهَ كَثِيراً
“Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu
suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat)
Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (TMQ al-Ahzab : 21)
Walau pun tajuk kertas kerja ini menyebut tentang
umat Islam yang berbangsa Melayu tetapi ini tidak bermakna umat lain
dikecualikan sebab Islam sebagaimana yang dipertegaskan oleh Allah SWT
dalam al-Quran adalah ‘rahmat ke seluruh alam’ yang bermakna Islam
adalah penyelesaian bagi seluruh manusia termasuk orang-orang bukan Melayu
mahu pun orang-orang bukan Islam. Masyarakat umpama kain yang ditenun dari
benang, ikatannya sangat rapat antara satu dengan yang lain; maka
menyelesaikan masalah satu kaum akan membawa pengaruh kepada kaum lain yang
berinteraksi dengannya, lebih-lebih lagi bila peraturan yang diterapkan
sama dan dikuatkuasakan secara tegas tanpa pilih bulu. Jadual di bawah
menyenaraikan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam di alam
Melayu dan permasalahan yang dihadapi oleh orang-orang Melayu itu sendiri
tetapi mereka tidak menyedarinya.
Yang di
Anggap Masalah Umat Islam alam Melayu
|
Masalah
Yang Tidak Disedari Oleh Mereka
|
- Kemiskinan/
tekanan ekonomi
- Pengangguran
- Mahalnya
pendidikan
- Ibu
tunggal dan andartu
- Masalah
sosial: buang anak, dadah, lumba haram
- Semangat
belajar/bekerja rendah
- Hilang
ciri ketimuran: hilang sopan santun
- Oleh
kerana umat Melayu sedang merosot, maka Melayu mesti memberi tumpuan
kepada Melayu sahaja
|
- Kejahilan
tentang Islam
- Pandangan
serong tentang dakwah
- Bahaya
materialistik
- Perpecahan
keluarga dan masyarakat
- Gagal
di dunia dan gagal di akhirat
- Mencemar
imej Islam sebagai ajaran terunggul bagi manusia
- Keyakinan
terhadap Islam sangat rendah
- Mudah
meniru gaya hidup Barat
- Melayu
adalah sebahagian dari umat Islam global dan oleh itu masalah tidak
boleh dipersempitkan kepada orang Melayu sahaja.
|
Jika dikaji permasalahan yang dihadapi masa kini
sebenarnya tidak jauh berbeza dengan masalah yang dihadapi pada zaman
Rasulullah SAW iaitu semasa masyarakat Jahiliyah menolak ajakan Rasulullah.
Oleh itu tidak tepat jika ada yang mengatakan kaedah dakwah Rasulullah SAW
tidak sesuai di zaman ini. Mereka tidak membezakan tariqah (kaedah) yang
dipakai oleh Rasulullah SAW yang wajib digunakan oleh umat Islam pada hari
ini dengan uslub dan wasilah yang boleh dipilih.
Oleh kerana dakwah adalah suatu kewajiban, maka
wajib bagi kita memahami al-Quran sebagai manhaj amal dan kitab dakwah,
sekaligus merupakan penjelas bagi as-Sunnah. Caranya dengan mengetahui
sejumlah pembahas yang dibahas oleh al-Quran ketika di Makkah, dengan cara
inilah sirah tersebut boleh diketahui. Dengan menganalisis surah-surah
Makkiyah dan ayat-atatnya untuk mengetahui sejumlah pembahasan ini (Metode
Dakwah Al-Quran, Sheikh Hafiz Soleh, h. 51, 52, 59) dan jika
kita bandingkan dengan keadaan umat Islam pada hari ini, kita akan menemui
hal-hal berikut:
Dakwah
Nabi Ketika Menghadapi Masyarakat Jahiliyah di Makkah
|
Masalah
Setara Yang Dihadapi Oleh Umat Islam di Alam Melayu
|
(1) Pembahasan
Aqidah: Membuktikan kewujudan dan ayat-ayatnya dan keagungan Allah,
membuktikan bahwa al-Quran adalah firman Allah dan membuktikan kenabian
Muhammad dan Hari Kebangkitan
|
Kelemahan
aqidah di kalangan umat Islam yang kebanyakannya meyakini Islam tidak
melalui proses berfikir telah menyebabkan ramai yang terpesong atau tidak
bersungguh-sungguh untuk menunaikan perintah Allah SWT dan RasulNya.
|
(2) Perang
Pemikiran: iaitu sanggahan terhadap pemikiran dan akidah kaum Musyrik
Arab dengan beragam aliran mereka, sanggahan terhadap kaum Yahudi dan Nasrani
dengan beragam aliran mereka, celaan terhadap tuhan-tuhan mereka serta
penghinaan terhadap mimpi-mimpi mereka.
|
Pemikiran
Islam di kalangan umat Islam tidak cemerlang (mustanir) malah suka meniru
terutamanya meniru pemikiran dan gaya hidup Barat yang bertentangan
dengan Islam.
|
(3) Perjuangan
Politik: menentang para pemimpin Kufur dan masyarakat. Politik dalam
Islam bermakna mengambil berat tentang masalah masyarakat dan
menyelesaikannya menurut Islam.
|
Umat
Islam tidak memiliki kefahaman yang jelas tentang perjuangan politik
malah oleh kerana pemikiran sekularisme begitu kuat, ramai yang merasakan
politik itu serupa dengan politik yang diamalkan oleh Barat. Oleh itu
ramai yang merasakan politik adalah kotor dan menjauhinya atau tidak
mempedulikannya. Mereka yang terlibat dalam politik pula kebanyakannya
meniru politik Barat.
|
(4) Menentang
berbagai bentuk interaksi yang rosak dan tradisi yang buruk.
|
Umat
Islam alam kebanyakannya tidak peduli tentang kerosakan masyarakat dan
tradisi yang buruk kerana sikap pentingkan diri sendiri.
|
(5) Membangunkan
keperibadian Islam.
|
Keperibadian
Islam di kalangan masyarakat ini semakin menipis.
|
(6) Kisah
dan perumpamaan untuk meneguhkan hati Rasulullah SAW dan orang
Mukmin, juga untuk menjelaskan kezaliman dan kesulitan yang mereka terima
tidak lain merupakan hukum Allah sebagaimana generasi yang telah
mendahului mereka, dan hukum Allah itu tidak akan pernah berubah.
|
Tidak
peduli tentang kehidupan Rasulullah dan sahabat serta zaman kegemilangan
Islam selama lebih dari 1,300 tahun. Sebaliknya ramai yang lebih
mengkagumi artis dan olahragawan. Ramai yang melihat kisah Rasulullah dan
para sahabat tidak lebih dari cerita sahaja yang tidak dikaitkan dengan
kehidupan seharian.
|
Dengan menganalisis surah Makkiyah (ayat-ayat al-Quran
yang diturunkan di Makkah), kita mampu merumuskan tahapan-tahapannya, serta
berbagai pembahasan yang diperlukan dalam tiap tahapan, dan bagaimana
tahapan-tahapan tersebut dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Siapa sahaja yang ingin terikat dengan kaedah
al-Quran dan Rasulullah SAW, dia wajib menempuh tatacara yang sama, yang
telah ditempuh oleh Rasulullah SAW (Metode Dakwah Al-Quran,
Sheikh Hafiz Soleh, h. 62):
(1) Menjelaskan
ajaran yang dibawanya, dengan menjelaskan aqidahnya, sama ada keseluruhan
mahu pun bahagian-bahagiannya, dasar-dasar dan perkara-perkara yang terbit
dari dasarnya, sambil menyeru daya intelektual manusia, untuk menarik
perhatian manusia terhadap keimanan kepada aqidah yang disampaikan kepada
mereka, dengan uslub (gaya dan teknik) yang inovatif,
dengan mengeksploitasi semua kemudahan dan peluang yang tersedia (selagi
tidak bercanggah dengan Islam) untuk menjelaskan aqidah Islam, dan
menjauhkan kekaburan yang melekat padanya.
(2) Menampilkan
kekeliruan pemikiran yang rosak dan aqidah yang batil, seperti ateisme,
syirik, kekufuran dan khususnya pemikiran yang kabur, yang dianggap oleh
sebahagian orang – sebagai akibat penyesatan – tetapi setengah orang Islam
menganggapnya sebagai pemikiran Islam atau digali dari semangat Islam
seperti Sosialisme, Demokrasi, Patriotisme, Nasionalisme dan lain-lain.
(3) Di antara
kesulitan utama adalah kepatuhan masyarakat kepada para pemimpin dan tokoh
mereka, kerana itu wajib mengikuti kaedah yang ditempuh oleh Muhammad SAW
dengan mendedahkan dan menjelaskan kepalsuannya.
(4) Menjelaskan
berbagai kerosakan yang ada di tengah masyarakat termasuk berbagai jenis
interaksinya. Juga menjelaskan kerosakan hukum-hukum yang mengatur
interaksi masyarakat yang mengheret mereka ke dalam berbagai kesengsaraan,
serta menyebabkan negeri itu ditimpa kerosakan dan kehancuran.
(5) Menyiapkan
anggota tiap organisasi (kelompok) yang berusaha untuk memimpin ummat agar
mereka – sesuai dengan taraf intelektual yang mereka kembangkan – memiliki
cara berfikir (‘aqliyyah) dan berperilaku (nafsiyyah) yang Islami.
Kesimpulan
Satu kekeliruan di kalangan umat Islam ialah
melihat Rasulullah SAW hanya sebagai suami, ayah atau datuk tetapi tidak
melihat bahawa beliau juga berperanan sebagai pemerintah, hakim, dan
panglima tentera. Oleh itu ramai yang membicarakan tentang satu aspek
kehidupan beliau iaitu aspek keluarga manakala banyak aspek lain dalam
kehidupan beliau khususnya usaha gigih beliau berdakwah kepada masyarakat
dan perjuangan beliau menegakkan Islam diabaikan. Dakwah Islam mestilah
dilakukan agar Islam dapat diterapkan dalam kehidupan dan agar Aqidah
Islamiyah dapat menjadi dasar negara dan dasar perlembagaan serta
undang-undang kerana Aqidah Islamiyah adalah aqidah aqliyah (aqidah yang
menjadi dasar pemikiran) dan aqidah siyasiyah (aqidah yang menjadi dasar
politik) yang melahirkan peraturan untuk menangani masalah manusia secara
keseluruhan, baik di bidang politik, ekonomi, budaya, sosial, dan
lain-lain.
Allah SWT berfirman:
وَلْتَكُن مِّنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى
الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
”Hendaklah ada di antara kalian sekelompok umat
yang menyerukan kebaikan (Islam) dan melakukan amar makruf nahi mungkar.”
(Qs. Ali-Imran [3]: 104).
Amar makruf nahi mungkar adalah bagian dari dakwah
Islam. Baik-buruknya masyarakat—salah satunya—bergantung pada dilaksanakan
atau tidaknya amar makruf nahi mungkar. Imam al-Ghazali pernah
berkata, “Sesungguhnya kegiatan amar makruf nahi mungkar adalah poros
yang paling agung dalam agama. Kerana kegiatan inilah Allah mengutus para
nabi seluruhnya. Seandainya umat Islam meremehkan amar makruf nahi mungkar,
tidak mau memahami dan mengamalkannya, tentu akan berhenti keNabian
ini; kesesatan akan tersebar luas, kebodohan akan menjadi hal yang lumrah,
kerusakan akan merajalela, pelanggaran akan semakin meluas, negeri-negeri
akan hancur, dan manusia akan binasa.” (Al-Ghazali, Ihyâ’
‘Ulûm ad-Dîn, 2/306).
Apabila diberi wahyu, Rasulullah SAW menegaskan
kepada isterinya bahawa tidak ada rehat baginya
dalam berdakwah dan ini beliau benar-benar tunjukkan dalam kehidupannya.
Dakwah dilakukan tidak hanya untuk mengajak orang masuk Islam tetapi
kemudian membiarkannya memenuhi keperluan hidupnya dan membangun
interaksinya berdasarkan kedaulatan hukum selain Allah SWT. Rasulullah SAW
berdakwah di Makkah selama 10 tahun tetapi setelah itu beliau ke Taif untuk
mencari dokongan fizikal bagi dakwahnya. Kenapakan beliau ingin mendapatkan
dokongan itu? Rasulullah SAW berjalan menuju Taif dalam usaha untuk mencari
dukungan (talab an-nusrah) dari Bani Tsaqif supaya mereka memberikan
kepimpinan dan kekuasaan untuk menegakkan Islam. Tanggapan dari Bani Tsaqif
sangat mengecewakan. Rasulullah saw meminta mereka untuk merahsiakan
penolakan mereka. Bani Tsaqif tidak sahaja menolak Rasulullah SAW, mereka
bahkan mengerahkan orang-orang bodoh dan hamba-hamba untuk menghina dan
mengusir beliau dari Taif. Rasulullah SAW berlindung di kebun milik Utbah
bin Rabi’ah dan Syaibah bin Rabia’h. Itu semua tidak sedikit pun mematahkan
semangat beliau untuk terus berdakwah sehinggalah beliau mendapat
kepercayaan dari penduduk Madinah yang bersetuju untuk menyerahkan
kepempinan kepadanya.
Rasulullah
adalah suri teladan kita. Marilah kita secara utuh dan menyeluruh mengikuti
Rasulullah dalam menegakkan Islam. Hanya dengan cara inilah, kita akan dapat
mengatasi bukan sahaja masalah orang Melayu tetapi masalah umat Islam
secara keseluruhan. Kita tidak boleh hanya menjadi penonton sahaja atau
menjadikan masalah umat Islam hanya sebagai bualan kosong tetapi kita mesti
mengorak langkah menjadikan dakwah sebagai agenda utama kehidupan kita.
|
No comments:
Post a Comment